Wednesday, September 9, 2009

INTERVIEW DI CHERAS


Terasa begitu penat pada hari ini kerana baru pulang dari Cheras. Kumpulan Iskandar Zulkarnain telah ditugaskan menjalankan sebuah temubual bersama seseorang berpangkat ketua. Akhirnya Encik Munizar yang merupakan seorang ketua unit khidmat pengurusan di maktab perguruan teknik Cheras menjadi pilihan kami. Ini merupakan pengalaman pertama kami dalam menemubual seseorang yang mempunyai pangkat dan kami sekumpulan amat takut sekali. Hrmm yang lucunya ketika sedang asyik sahabat aku Suraya bertanyakan soalan secara tiba-tiba aku terfikir akan lakonan M.Nasir yang melakonkan watak Hang Tuah dan aku lihat ada persamaan dengan Encik Munizar iaitu misainya dan warna kulitnya, mungkin jika diberi peluang Encik Munizar layak untuk menjadi Hang Tuah. Ketika pulang aku menceritakan kepada sahabat-sahabatku dan mereka mentertawakan aku kerana terbawa-bawa akan subjek penulisan kreatif. Aku juga ketawa bersama kerana mengakui akan kebenaran kata-kata mereka.

Wednesday, September 2, 2009

FOOD POISONING

Sakitnya perut!!! Aku terkena keracunan makanan akibat makan di Village View.. Semua kawan aku kena keracunan makanan... Aku sudah serik hendak berbuka puasa di luar.. Mungkin apabila sudah betul-betul sihat barulah aku pertimbangkan hehehe.... Sedih rasanya kerana masa banyak terbuang begitu sahaja sepanjang aku sakit ini....

Tuesday, September 1, 2009

kebetulan pula...

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia... Hrmmm secara kebetulan seseorang yang menghantar email kepada aku telah menggunakan nama singkatan Tuah pada hari ini... Jadi aku menulisnya dalam blog ini bagi memenuhi keinginan pensyarah aku iaitu Dr. Mawar... Terasa lucu pula apabila masih ada lagi dalam dunia globalisasi ini manusia yang menggunakan nama Tuah... Tetapi Tuah ini hanya menghantar email biasa yang tidak penting pun bagi diri aku ini... Aku tidak membalas pun email tersebut kerana malas hendak membalasnya...sekian untuk hari ini...