Wednesday, September 9, 2009

INTERVIEW DI CHERAS


Terasa begitu penat pada hari ini kerana baru pulang dari Cheras. Kumpulan Iskandar Zulkarnain telah ditugaskan menjalankan sebuah temubual bersama seseorang berpangkat ketua. Akhirnya Encik Munizar yang merupakan seorang ketua unit khidmat pengurusan di maktab perguruan teknik Cheras menjadi pilihan kami. Ini merupakan pengalaman pertama kami dalam menemubual seseorang yang mempunyai pangkat dan kami sekumpulan amat takut sekali. Hrmm yang lucunya ketika sedang asyik sahabat aku Suraya bertanyakan soalan secara tiba-tiba aku terfikir akan lakonan M.Nasir yang melakonkan watak Hang Tuah dan aku lihat ada persamaan dengan Encik Munizar iaitu misainya dan warna kulitnya, mungkin jika diberi peluang Encik Munizar layak untuk menjadi Hang Tuah. Ketika pulang aku menceritakan kepada sahabat-sahabatku dan mereka mentertawakan aku kerana terbawa-bawa akan subjek penulisan kreatif. Aku juga ketawa bersama kerana mengakui akan kebenaran kata-kata mereka.

1 comment: